RAMALLAH: Tahanan Palestin Khader Adnan meninggal dunia pada Isnin di penjara Israel selepas 87 hari melancarkan mogok lapar, menurut kenyataan bertulis oleh kumpulan Jihad Islam Palestin pada Selasa.

"Khader Adnan mati syahid akibat jenayah yang dilakukan oleh musuh," katanya.

Beliau berkata rejim Israel akan menanggung akibatnya, lapor Agensi Anadolu.

Pejuang Palestin meninggal dunia selepas 87 hari mogok lapar


Pada 23 April, Persatuan Tahanan Palestin dalam satu kenyataan berkata mahkamah tentera Israel baru-baru ini menolak permintaan peguamnya supaya beliau dibebaskan dengan ikat jamin semasa hari ke-78 mogok laparnya.

Adnan berulang kali ditahan oleh tentera Israel dan beliau melancarkan beberapa mogok lapar sebagai membantah penahanannya.

Pada 2012, Adnan melancarkan mogok lapar selama 66 hari yang memaksa pihak berkuasa Israel membebaskannya dan melancarkan mogok lapar yang sama pada 2015 dan 2018.

-- BERNAMA